Isnin, 6 Januari 2014

Disebalik Nama Blog Ku

#Disebalik Nama Blog Ku#

Entry kali ni saya nak share macam mana boleh tergerak hati nak letak nama blog saya "Niniqaisara's Family"...

Ringkas aje pun apa yang saya nak ceritakan ni sebab mata dah mengantuk sangat-sangat. Sambil-sambil teman en hubby buat kerja tangan pun gatal nak tekan-tekan keyboard ni..

Asal nama "NINI" ni wujud lepas anak sulung saya dberi nama. Mana-mana buku catatan saya, hatta jam dinding pun saya letak nama NINI...hehehe..



Ni la anak sulung saya yang diberi nama Nazmi Ikhwan B. Nazrul Izwan. Alkisahnya nama ni en hubby yang bagi sebab katanya dekat dengan nama dia. Tak kisah la janji budak tu ada nama yang baik-baik. Dari situla tercetusnya saya nak amik nama NINI. Gabungan nama anak dan en hubby...

Tu baru satu part...x habis lagi ni...

Ok...seterusnya nama "QAISARA"..

Kalau NINI anak pertama, QAISARA tu anak kedua saya..


Ni plak anak kedua saya..Nama penuhnya Nur Hanis Qaisara. Kali ni saya yang pilih nama tu sebab NH dekat dengan nama saya..hehehe...adil la kan..Qaisara pulak sebab dulu saya suka tengok cerita KAISARA..pengaruh Tv betul kan..tak kisah la jugak sebab maksudnya pun baik..

Saya pun gabungkan nama NINI QAISARA tu sebab nak letak sebagai nama dalam Facebook saya...Bila mula kenal Shaklee pulak, saya punya upline suruh saya buat blog dan......nama Niniqaisara's Family saya adaptasikan sebagai nama blog saya....

Sekian, cerita dah sampai penghujung...mata pun dah tak boleh nak tahan-tahan lagi..

SEE U ALL AGAIN....

Jumaat, 3 Januari 2014

Diriku

#Tentang Diri Saya#

Apa ye yang saya nak cerita tentang diri saya ni???

Sekadar mengisi masa lapang saya sesudah berpenat lelah dengan pendaftaran murid-murid di sekolah saya...memang memenatkan tapi gembira dengan usaha ibu bapa mencari pendidikan berbentuk ukhrawi untuk anak masing-masing...

Saya Nurhidayah Khamis dan panggilan maya saya Nini Qaisara. Berstatus sebagai isteri kepada seorang pendakwah, pelakon, pengacara bernama Nazrul Izwan Zolkiflee @ IM Nazrul. Memang banyak cabaran yang telah saya hadapi sebagai isteri beliau, dari segi emosi dan sebagainya. Namun kata-kata yang sering beliau ucapkan sedikit sebanyak menjadi pengubat hati saya. Paling penting sekali sikap terlalu bergantung saya pada Allah. Apa saja masalah yang saya hadapi akan saya adukan pada yang Maha Esa kerana Dialah segala-galanya bagi saya.


Haa...inilah dia saya dan suami tercinta. Masa ni tengah siap-siap nak teman suami pegi Dewan Budaya Negeri Johor sebab dia terlibat dengan pementasan teater ' Umar Bin Abdul Aziz '. Suami saya ni sikap dia caring and understanding. Ceh..speaking London plak. Hehe..dia ni jugak sangat suka buat lawak tapi tegas dan berprinsip. Tak pernah kenal erti putus asa. Selagi kerja belum habis selagi tu dia pulun bagi habis.


Ni pulak anak bujang dan anak dara saya. Si abang Nazmi Ikhwan 6 Tahun, si adik Nur Hanis Qaisara 3 tahun. Kedua-duanya anak-anak yang happy go lucky. Active sesangat laa..cakap pun pandai. Selalu je umi ngan walid terkena dengan dua beradik ni..Yang no 3 on the way..x sabar dua beradik nak dapat adik baru. Sabar ye anak-anak umi. Doa je baby dalam perut umi sihat-sihat selalu.

Saya ni sebenarnya pada anak-anak umi yang sangat garang berbanding walid. Tapi sebenarnya garang kat luar je. Dalam hati ada taman..hehehe..ok la...itu serba sedikit tentang diri saya dan juga keluarga. Harapan saya semoga kami sekeluarga senantiasa dapat bersamma dunia dan akhirat..