About Me

NINIQAISARA'S FAMILY
Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullah…

   Buat teman2 yang ingin mengenali diri saya dengan lebih dekat lagi…

  Saya diberi nama Nurhidayah Binti Khamis. Nama pena saya adalah Niniqaisara iaitu hasil gabungan sepasang anakanda saya Nazmi Ikhwan Bin Nazrul Izwan serta Nur Hanis Qaisara. Saya merupakan isteri kepada suami tercinta Nazrul Izwan Bin Zolkiflee@Imam Muda Nazrul. Sekarang kami sekeluarga menetap di Seri Manjung, Perak. Saya juga adalah salah seorang pengedar produk Shaklee yang telah berdaftar.

  Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang bagaimana saya boleh jatuh hati dengan produk Shaklee yang diperkenalkan oleh adik angkat saya Sya Azida juga merupakan seorang pengedar Shaklee. Anda boleh mengetahui tentang bagaimana saya dan Shaklee boleh bertemu dalam tajuk entri saya yang berjudul AKU SUDAH JATUH CINTA.

  Syukur alhamdulillah yang tidak terhingga kerana saya dipertemukan dengan Shaklee. Bukan hanya saya, bahkan suami dan anak2 saya juga menggunakan Shaklee. Saya juga turut berkongsi dengan rakan2 sejawat tentang kebaikan dan kelebihan serta manfaat dalam menggunakan produk ini. Dan kami adalah antara ribuan pengguna yang sangat2 berpuas hati menggunakan produk Shaklee ini. Kini, sudah tiba masanya saya mengambil keputusan untuk berkongsi dengan anda semua pula tentang kebaikan dan manfaat yang kami dapat dan kami rasai setelah menggunakan produk ini.

  Bagi saya, apa yang terpenting adalah, saya dapat berkongsi bagaimana cara penjagaan kesihatan yang baik melalui penggunaan produk Shaklee ini dan kesemua pelanggan saya dapat berpuas hati dengan perkhidmatan konsultasi serta servis penghantaran.

  Insyaallah, mudah2an impian saya  untuk menjadi isteri, ummi, guru dan pengedar sah Shaklee secara sambilan dipermudahkan serta dikuatkan semangat oleh Allah SWT.
Sekiranya anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee, atau berjuang bersama2 dengan saya, hubungi talian mesra@whatsapp 013-435 2985@ pm saya di FB Nini Qaisara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan