Jumaat, 3 Januari 2014

Diriku

#Tentang Diri Saya#

Apa ye yang saya nak cerita tentang diri saya ni???

Sekadar mengisi masa lapang saya sesudah berpenat lelah dengan pendaftaran murid-murid di sekolah saya...memang memenatkan tapi gembira dengan usaha ibu bapa mencari pendidikan berbentuk ukhrawi untuk anak masing-masing...

Saya Nurhidayah Khamis dan panggilan maya saya Nini Qaisara. Berstatus sebagai isteri kepada seorang pendakwah, pelakon, pengacara bernama Nazrul Izwan Zolkiflee @ IM Nazrul. Memang banyak cabaran yang telah saya hadapi sebagai isteri beliau, dari segi emosi dan sebagainya. Namun kata-kata yang sering beliau ucapkan sedikit sebanyak menjadi pengubat hati saya. Paling penting sekali sikap terlalu bergantung saya pada Allah. Apa saja masalah yang saya hadapi akan saya adukan pada yang Maha Esa kerana Dialah segala-galanya bagi saya.


Haa...inilah dia saya dan suami tercinta. Masa ni tengah siap-siap nak teman suami pegi Dewan Budaya Negeri Johor sebab dia terlibat dengan pementasan teater ' Umar Bin Abdul Aziz '. Suami saya ni sikap dia caring and understanding. Ceh..speaking London plak. Hehe..dia ni jugak sangat suka buat lawak tapi tegas dan berprinsip. Tak pernah kenal erti putus asa. Selagi kerja belum habis selagi tu dia pulun bagi habis.


Ni pulak anak bujang dan anak dara saya. Si abang Nazmi Ikhwan 6 Tahun, si adik Nur Hanis Qaisara 3 tahun. Kedua-duanya anak-anak yang happy go lucky. Active sesangat laa..cakap pun pandai. Selalu je umi ngan walid terkena dengan dua beradik ni..Yang no 3 on the way..x sabar dua beradik nak dapat adik baru. Sabar ye anak-anak umi. Doa je baby dalam perut umi sihat-sihat selalu.

Saya ni sebenarnya pada anak-anak umi yang sangat garang berbanding walid. Tapi sebenarnya garang kat luar je. Dalam hati ada taman..hehehe..ok la...itu serba sedikit tentang diri saya dan juga keluarga. Harapan saya semoga kami sekeluarga senantiasa dapat bersamma dunia dan akhirat..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan